awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[DO NOT PUSH] Murad Zaidi dilepaskan tanpa dibebaskan selepas pengadu tarik kes

Astro AWANI
Astro AWANI
12/02/2026
08:41 MYT
[DO NOT PUSH] Murad Zaidi dilepaskan tanpa dibebaskan selepas pengadu tarik kes
Murad Zaidi berkata, susulan penarikan balik kes berkenaan, tindakan sivil akan difailkan terhadap pengadu atas alasan kerosakan reputasi yang serius terhadap kedudukan profesional dan perniagaannya. - Foto Instagram Murad Zaidi
Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis melepas tanpa membebaskan (DNAA) jurulatih transformasi berprestasi tinggi, Syed Mohammad Murad Syed Naseem yang lebih dikenali sebagai Murad "Baddestcoach” Zaidi, daripada pertuduhan berkaitan mencederakan stafnya tahun lepas.
Majistret Ameera Mastura Khamis membuat keputusan itu selepas pengadu, M Vijendrakumaraan, 47, memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia tidak mahu meneruskan kes terbabit.
Perkara berkenaan disahkan peguam, R Morhaneraj yang mewakili pengadu dan peguam, Aizzat Mustafa, mewakili Murad Zaidi.
Menurut kedua-dua peguam berkenaan, pengadu telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia telah menarik balik aduannya pada Ogos 2025.
Murad Zaidi, 39, didakwa berhubung kejadian itu di Persiaran Seksyen U1, Shah Alam, kira-kira 8 pagi, 15 Jun 2025 mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada hukuman itu.
Sementara itu, Murad Zaidi dalam kenyataan berkata, susulan penarikan balik kes berkenaan, tindakan sivil akan difailkan terhadap pengadu atas alasan kerosakan reputasi yang serius terhadap kedudukan profesional dan perniagaannya.
- Bernama
Topic Berkaitan
#Murad Zaidi
#kes mahkamah
#kes mencederakan orang
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan