awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doa ahli politik, netizen iringi pemergian #BombaHeroKami

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
04/10/2018
02:44 MYT
Doa ahli politik, netizen iringi pemergian #BombaHeroKami
Majlis tahlil dan penghormatan terakhir yang berlangsung di Shah Alam. - Astro AWANI
Sedih dan tragis, itulah yang diluahkan oleh ahli politik dan netizen tanah air apabila mendengar berita pemergian enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Selangor yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam semalam.
Turut meluahkan rasa simpati keatas pemergian anggota bomba berkenaan adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melalui tweetnya yang sedih mendengar khabar tersebut.
“Saya bersedih mendengar berita enam hero Anggota Pasukan Penyelamat JBPM terkorban ketika dalam operasi mencari dan menyelamat di Puchong. Takziah kepada ahli keluarga hero-hero ini,” tweet Dr Wan Azizah menerusi akaun peribadinya.
[LAPOR LANGSUNG] #BombaHeroKami
Saya bersedih mendengar berita enam hero Anggota Pasukan Penyelamat JBPM terkorban ketika dalam operasi mencari dan menyelamat di Puchong. Takziah kepada ahli keluarga hero-hero ini.
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) October 3, 2018
Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, SSyed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ahli politik yang lain juga turut bersimpati dan mendoakan kepemergian mangsa serta keluarga mangsa.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un. Doa saya sentiasa bersama mereka dan keluarga. https://t.co/qZ4z8ULbYJ
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 4, 2018
Let us honour their sacrifice. Sedia menyelamat. Al Fatihah. https://t.co/NZWTnz3urN
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 4, 2018
Innalillah hi wa inna ilaihi rojiun. Heartbreaking tragedy for the courageous souls. Prayers for strength and perseverance to all the affected families #PutraPerdana https://t.co/xgNeaILgUz
— Nurul Izzah (@n_izzah) October 3, 2018
Takziah saya ucapkan kepada keluarga enam anggota bomba yang telah bertarung nyawa hingga ke akhirnya dalam operasi SAR semalam. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi. Saya juga mendoakan semoga remaja terbabit ditemui dalam keadaan selamat. https://t.co/205ySblsEM
— Maszlee Malik (@maszlee) October 4, 2018
Amat menyedihkan.Takziah kepada ahli keluarga. Keenam-enam anggota Bomba yamg terkorban memang wira negara. Al-Fatihah. https://t.co/FhLChD9sZ8
— Lim Guan Eng (@guanenglim) October 4, 2018
Selebriti tanah air juga turut meluahkan rasa sedih dan memberi penghormatan mereka di sosial media mereka. Penyanyi dan juga ahli bomba, Syafiq Farhain turut memuatnaik gambar keenam-enam anggota bomba itu sebagai "tribute" kepada mereka serta mendoakan pemergian mangsa.
View this post on Instagram
6 SAHABAT SEPERJUANGAN TELAH GUGUR DALAM OPERASI MENYELAMAT! Innalillahiwainnailaihirojiun .إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ... آمِّيْن Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya. Semoga roh arwah ditempatkan bersama hambaNya yg beriman. INSHAALLAH SEMOGA TENANG DISANA SAHABAT #UnsungHero
A post shared by AKU JATUH CINTA (@syafiqfarhain) on
Oct 3, 2018 at 10:03am PDT
View this post on Instagram
Takziah buat seluruh ahli keluarga pasukan penyelamat, moga jasa bakti mereka diangkat menjadi amalan terbaik di sisiNya. Amiin.#Repost @buletin_malaysia ・・・ #buletinmalaysiaLemas Inilah enam anggota bomba yang mati lemas selepas terbelit tali yang dipakai antara satu sama lain ekoran arus deras ketika operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa yang dilaporkan hilang di Tasik Putra Perdana, Puchong, Selangor malam tadi. Mereka yang terkorban ialah Mohd Fatah Hashim, 34, Adnan Othman, 33, Mazlan Omarbaki, 24, Izatul Akma Wan Ibrahim, 31 , Yahya Ali, 25, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. Takziah kepada keluarga keenam-enam ‘hero rakyat’ ini. #kosmo #tragedibombalemas ##pengorbananbomba #herorakyatMalaysia #takziah #alfatihah . Sumber: @kosmo_online
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Oct 3, 2018 at 6:34pm PDT
View this post on Instagram
Innalilahiwainnalilahirojiun.
Keenam-enam yang terkorban terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34 tahun; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32 tahun; Mazlan Omarbaki, 25 tahun, dan Yahya Ali, 24 tahun.
Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33 tahun, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 tahun.
Semoga semua ahli keluarga mangsa terus tabah dengan pemergian keenam-enam anggota bomba tersebut.
Topic Berkaitan
#bomba
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Instagram
#lemas
#Nora Danish
#Siti Nurhaliza
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan