awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor mengaku tidak bersalah palsu dokumen perdaya Perkeso

Bernama
Bernama
01/08/2025
07:20 MYT
Doktor mengaku tidak bersalah palsu dokumen perdaya Perkeso
Dr Winnie Ong Beng Cheen, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan memalsukan borang pendaftaran pekerja domestik, tiga tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang doktor wanita berusia 44 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdaya Perkeso dengan memalsukan borang pendaftaran pekerja domestik pada 21 November 2022 di Bukit Mertajam.
  • Tertuduh didakwa menyebabkan seorang lelaki diperdaya membuat caruman RM20.60 sebulan untuk pekerja warganegara Indonesia, dan kes dikemukakan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.
  • Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan tarikh serahan dokumen pada 4 September 2025.

Dr Winnie Ong Beng Cheen, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.
Doktor wanita itu didakwa memperdaya Perkeso untuk mempercayai bahawa borang pendaftaran pekerja domestik yang ditandatangani oleh seorang lelaki Cheah Chyuan Yong adalah benar.
Tertuduh dengan sengaja mendorong Perkeso untuk mendaftar pekerja domestik warganegara Indonesia Nurhayati Hasan, menyebabkan Cheah diperdaya membuat caruman sebanyak RM20.60 sebulan.
Kesalahan didakwa berlaku di No 22A, Jalan Mesra, Taman Saujana Permai, Bukit Mertajam pada 21 Nov, 2022 dan kes dikemukakan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Shakila Dahari menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala peguam tertuduh Chiang Kian Hong memohon mahkamah menetapkan jaminan yang minimum.
Nurul Rasyidah kemudian menetapkan 4 September ini untuk serahan dokumen dan membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Winnie
#perkeso
#tuntutan palsu
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan