awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor udara akan diperkenal semula di Sabah

Bernama
Bernama
19/10/2019
09:25 MYT
Doktor udara akan diperkenal semula di Sabah
Perkhidmatan doktor udara akan dilaksanakan oleh Sabah Air selepas pengambilalihan sepenuhnya syarikat penerbangan itu oleh kerajaan negeri. - Gambar hiasan
Perkhidmatan doktor udara di Sabah yang ditamatkan pada 2016 akan diperkenalkan semula berikutan terdapatnya keperluan rawatan dan kesihatan untuk penduduk di kawasan luar bandar yang jauh dari klinik dan hospital.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkhidmatan itu akan dilaksanakan oleh Sabah Air selepas pengambilalihan sepenuhnya syarikat penerbangan itu oleh kerajaan negeri.
"Perkhidmatan doktor udara ini akan dihidupkan semula disebabkan penduduk luar bandar masih memerlukan.
"Saya mahu perkhidmatan kesihatan sampai kepada mereka dan Sabah Air akan melaksanakan menerusi tanggungjawab sosial korporat bagi kesihatan luar bandar," katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan Asrama Harian Luar Bandar Sekolah Kebangsaan Balambangan dibiayai Petronas kepada Kementerian Pendidikan di Pulau Balambangan, dekat sini hari ini.
Penyerahan itu dilakukan oleh Naib Presiden Kanan Petronas. Datuk Raiha Azni Abdul Rahman kepada Timbalan Pengarah Hal Ehwal Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah, Kementerian Pendidikan Faridah Yang Razali.
Turut hadir, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
Mohd Shafie berkata, beberapa perkara perlu diteliti sebelum ia dilaksanakan semula termasuk melakukan pemetaan kawasan yang sesuai untuk perkhidmatan itu.
Perkhidmatan doktor udara yang memberikan khidmat kesihatan kepada penduduk di kawasan terpencil luar bandar Sabah ditamatkan oleh Jabatan Kesihatan pada 2016 selepas memberikan khidmat selama 41 tahun. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Doktor udara
#Ketua Menteri
#Kudat
#Sabah
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan