awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumen palsu guna nama pengarah dikesan, JPJ Pahang buat laporan polis

Bernama
Bernama
19/07/2025
21:50 MYT
Dokumen palsu guna nama pengarah dikesan, JPJ Pahang buat laporan polis
JPJ Pahang telah mengesan dokumen palsu yang menyalahgunakan nama jabatan dan nama pengarah JPJ Pahang dalam urusan perkhidmatan. - Foto Facebook JPJ Pahang
KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang tidak pernah mengeluarkan permit perjalanan sementara bagi tujuan pemeriksaan kenderaan yang menggunakan nama dan tandatangan pengarahnya.
JPJ Pahang dalam kenyataan malam tadi memaklumkan permit yang dikesan atas nama pengarah itu adalah palsu dan permit yang berkaitan hanya boleh dibuat di kaunter JPJ negeri atau cawangan tanpa memerlukan tandatangan pengarah.
"JPJ Pahang telah mengesan dokumen palsu yang menyalahgunakan nama jabatan dan nama pengarah JPJ Pahang dalam urusan perkhidmatan. Jabatan ini amat serius dalam menangani isu pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama.
"Justeru, satu laporan polis telah dibuat semalam. Tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat demi menjaga kepentingan awam," menurut kenyataan itu.
JPJ Pahang memaklumkan masyarakat dinasihati agar sentiasa berhati-hati dalam urusan pembelian kenderaan terutamanya pembelian melalui platform atau sumber yang disyaki tidak sahih.
"Orang ramai dialu-alukan untuk melaporkan kepada JPJ sebarang tawaran atau dakwaan pihak ketiga berkaitan perkhidmatan jabatan itu, bagi tindakan pengesahan dan pencegahan yang lebih berkesan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dokumen palsu
#JPJ Pahang
#salah guna nama jabatan
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan