awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dominic Lau ingatkan pemimpin Gerakan dahulukan parti, ketepi agenda peribadi

Faida Rahim
Faida Rahim
24/03/2026
03:49 MYT
Dominic Lau ingatkan pemimpin Gerakan dahulukan parti, ketepi agenda peribadi
Dominic menegaskan bahawa perubahan merupakan nadi perjuangan parti, dan hanya dengan semangat bersatu hati, Gerakan mampu meraih sokongan rakyat. - Gambar/ Astro AWANI
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau, mengingatkan ahli termasuk pemimpin parti agar mengetepikan agenda peribadi dan memberi tumpuan penuh terhadap persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, PRN Johor serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Beliau menegaskan bahawa perubahan merupakan nadi perjuangan parti, dan hanya dengan semangat bersatu hati, Gerakan mampu meraih sokongan rakyat.
Menurutnya, masalah segelintir pemimpin yang mengutamakan kepentingan diri bukan hanya berlaku dalam Gerakan, tetapi turut wujud dalam parti-parti politik lain.
“Kita nampak bukan hanya di parti Gerakan, malah dalam semua parti politik memang ada segelintir pemimpin yang mempunyai agenda peribadi.
"Oleh itu, saya ingin ingatkan bahawa agenda peribadi tidak boleh lebih penting daripada kepentingan parti. Parti mesti diutamakan. Jika parti tidak relevan, maka kita juga tidak membawa makna,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-58 Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dominic menambah, semangat perubahan yang dibawa Gerakan bukan sahaja penting untuk masa depan parti, tetapi juga sebagai mesej jelas kepada semua parti politik bahawa kepentingan rakyat dan kelangsungan parti perlu mengatasi apa jua kepentingan peribadi.
“Perubahan mesti ada asasnya. Namun yang paling penting adalah semangat satu hati. Jika kita mahu menang dan mendapat mandat rakyat, semua pemimpin dan akar umbi Gerakan mesti bersatu. Tanpa kesatuan, sukar untuk kita meraih sokongan dan undi rakyat,” katanya.
Dalam ucapannya, Dominic turut menyentuh simbolik angka 58 dalam sebutan bahasa Cina, iaitu U-pak, yang menyerupai bunyi perkataan ubah, sekali gus menjadi lambang tepat bagi Gerakan untuk melakukan transformasi politik.
“Kita tidak boleh lagi menggunakan cara lama untuk berkempen. Perubahan mesti berasaskan strategi baharu, tetapi yang paling penting adalah satu hati. Jika kita mahu menang dan mendapat mandat rakyat, semua pemimpin serta akar umbi perlu bersatu,” katanya.
Topic Berkaitan
#Dominic Lau
#PRU
#GERAKAN
#agenda peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan