awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mujahid: Negara perlukan politik baru

Haider Yutim
Haider Yutim
23/02/2013
08:03 MYT
Dr Mujahid: Negara perlukan politik baru
Negara perlukan politik baru, dan bukannya politik perkauman.
Itulah yang disarankan ahli parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ketika majlis pelancaran buku terbarunya, ‘Aren't We All Malaysians’.
Buku yang dipersembahkan dalam bentuk santai dan mudah difahami itu memaparkan pengalaman beliau dari kecil hingga dewasa yang berkisar tentang kehidupan pelbagai kaum di Malaysia.
Menurut beliau yang merupakan peneraju jawatankuasa perpaduan nasional Pas, sudah sekian lama negara dikawal oleh politik bersifat perkauman dan untuk mengubahnya bukanlah sesuatu yang mudah.
“Ia bukan mudah… selepas 50 atau 60 tahun kita ditenggelami dan dikawal oleh politik perkauman. Untuk mengubahnya bukanlah mudah… jadi kita kongsikannya di dalam buku saya ini,” katanya ketika majlis pelancaran buku tersebut.
Tambahnya selain dari sikap tidak bergaul dengan bangsa lain, masalah perkauman juga didapati berpunca dari sikap sesetengah ahli politik sendiri yang tertekan dengan kehadiran politik baru.
“Dalam politik Malaysia, apabila anda hendak bertahan sebagai parti politik ada-kalanya anda akan gunakan isu perkauman. Jadi, tekanan politik baru itu wujud… membuatkan mereka yang rasis atau parti politik yang mengamalkan kepercayaan politik perkauman akan menjadi lebih bersifat perkauman,” katanya.
Sementara itu, pengarah urusan Zubedy Sdn Bhd, Encik Anas Zubedy berkata buku tersebut menjiwai nilai wasatiyyah dan keterbukaan yang penting untuk dihayati.
Katanya imej Islam yang dipaparkan oleh negara haruslah inklusif dan sederhana.
Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung di pejabat syarikat penerbitan Zubedy Ideahouse di Taman Tun Dr Ismail.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Dr Mujahid Yusof Rawa
#parit buntar
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan