awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan kes ditangguh, Vivy Yusof, suami dapat pasport tunai haji
Rakyat AS mungkin akan ‘rindu’ harga minyak AS$5 tidak lama lagi - Speaker Parlimen Iran
AMRO gesa ASEAN+3 perkukuh pengurusan fiskal hadapi gelombang kejutan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Wan Azizah seru rakyat manfaat program aerobik percuma tangani stres kota

Bernama
Bernama
11/04/2026
04:25 MYT
Dr Wan Azizah seru rakyat manfaat program aerobik percuma tangani stres kota
Dr Wan Azizah (tengah) dan Hannah Yeoh (tiga, kiri) bergambar bersama penduduk pada Program Senaman Aerobik Komuniti Percuma Untuk Semua PPR di Flat Sri Sabah hari ini. - Gambar Bernama
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru warga kota supaya memanfaatkan Program Senaman Aerobik Komuniti Wilayah Persekutuan 2026 (PSKWP2026) untuk membantu menangani tekanan dalam kehidupan seharian.
Dr Wan Azizah, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, berkata program kesihatan percuma dengan slogan "Komuniti Aktif, Wilayah Progresif" itu amat signifikan, sekali gus dapat memberikan ruang kepada masyarakat untuk melepaskan stres.
"Alhamdulillah, program ini satu perancangan yang baik, jadi ambillah peluang," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis pelancaran PSKWP2026 di Dataran Perumahan Awam Sri Sabah 3B, Bandar Tun Razak di sini, hari ini.
Program itu dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud serta Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.
Sementara itu, Hannah berkata program inisiatif Jabatan Wilayah Persekutuan dan diselaraskan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat, serta akan dilaksanakan secara mingguan dan berterusan sepanjang tahun ini.
“Hasrat kita adalah untuk membudayakan gaya hidup sihat, khasnya untuk penduduk di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) supaya mereka tidak perlu belanjakan duit sendiri untuk biayai program senaman aerobik.
“Program ini adalah antara usaha bagi menangani kadar obesiti yang tinggi dalam kalangan warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya.
Program senaman aerobik itu berlangsung serentak di 25 lokasi PPR dan PA di Kuala Lumpur dan akan diperluas pada hujung minggu melibatkan 44 lokasi, iaitu 33 di Kuala Lumpur, Putrajaya (enam) dan Labuan (lima).
Pelaksanaannya disokong melalui kerjasama strategik Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL) serta pelbagai agensi berkaitan.
PSKWP2026 dijangka mampu menarik penyertaan yang konsisten di setiap lokasi serta berpotensi menjadi program signature komuniti Wilayah Persekutuan dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat secara berterusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aerobik
#percuma
#stres
#gaya hidup sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan