awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Wan Azizah terkejut dan sedih dengan kejadian tanah runtuh Tanjung Bungah

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
26/06/2019
02:44 MYT
Dr Wan Azizah terkejut dan sedih dengan kejadian tanah runtuh Tanjung Bungah
Dr Wan Azizah juga memaklumkan menerusi laman Facebook dan Twitternya bahawa beliau mengikuti rapat perkembangan operasi dan menyelamat mangsa-mangsa kejadian tersebut - Gambar fail/Astro AWANI
'Sedih dan terkejut.'
Itulah curahan perasaan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila mengetahui mengenai kejadian tanah runtuh di Jalan Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada Selasa.
Dr Wan Azizah juga memaklumkan menerusi laman Facebook dan Twitternya bahawa beliau mengikuti rapat perkembangan operasi dan menyelamat mangsa-mangsa kejadian tersebut.
Dalam pada masa sama, beliau turut mendoakan kekuatan buat keluarga mangsa yang terlibat.
"Saya doakan kekuatan buat keluarga mangsa yang terlibat," katanya.
Kejadian tanah runtuh berhampiran sebuah pusat peranginan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang dilapor pada pukul 9.45 malam Selasa itu mengorbankan empat rakyat Myanmar.
BACA : Tanah runtuh: 4 pekerja Myanmar dikhuatiri maut tertimbus
BACA : Dentuman kuat sebelum tembok penahan runtuh - Saksi tanah runtuh Tanjung Bungah
Kesemua lelaki Myanmar itu dilapor digaji pemilik pusat peranginan berkenaan untuk membaiki tembok penahan di kawasan itu susulan pergerakan tanah sejak seminggu lepas.
Kesemua mereka tertimbus dalam runtuhan tanah itu dan operasi mencari dan menyelamat berakhir pada pukul 4.35 pagi Rabu, selepas mayat terakhir dibawa keluar dari runtuhan itu.
Saya cukup terkejut dan sedih mendapat tahu kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah. Saya akan mengikuti rapat perkembangan operasi mencari dan menyelamat.
Saya doakan kekuatan buat keluarga mangsa yang terlibat. https://t.co/KLomSkKe2b
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) June 26, 2019
Topic Berkaitan
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Jalan Tanjung Bungah
#pulau pinang
#tanah runtuh
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan