awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Draf RUU gangguan seksual di peringkat akhir, dijangka siap Mac ini - Rina Harun

Hilmi Malik
Hilmi Malik
14/02/2021
15:26 MYT
Draf RUU gangguan seksual di peringkat akhir, dijangka siap Mac ini - Rina Harun
RINA: Draf rang undang-undang tersebut akan bersifat holistik bagi membendung isu berkenaan yang tidak hanya terhad di tempat kerja. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Rang undang-undang (RUU) melibatkan isu gangguan seksual dijangka siap menjelang Mac ini yang akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, draf undang-undang tersebut kini berada pada peringkat terakhir penelitian pihak Jabatan Peguam Negara.
"Draf hantar ke AGC (Jabatan Penguam Negara) untuk menilai jika ada pindaan kecil.
"Bersidang saja Parlimen nanti, kita akan bentangkan.
"Dalam masa sama, usaha kesedaran dan pendidikan mengenai gangguan seksual terus digerakkan semua agensi di bawah kementerian ini," katanya selepas melawat pusat rujukan khidmat sosial golongan gelandangan Anjung Singgah di Jalan Hang Lekiu, di sini, pada Ahad.
KPWKM | RUU gangguan seksual dijangka siap Mac ini
Dalam pada itu, Rina turut memberi jaminan bahawa RUU berkenaan akan bersifat holistic bagi membendung isu tersebut.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata demikian sebagai mengulas desakan beberapa pihak, termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, bagi mempercepatkan pembentangan RUU tersebut.
Desakan itu dibuat berikutan wujud isu sedemikian melibatkan anggota polis baru-baru ini.
BACA: Polis sedang siasat kes wanita dakwa anggota polis minta tunjuk payudara untuk elak disaman
BACA: Gangguan seksual di SJR: Bukit Aman tarik tugas dua anggota polis
Persidangan Parlimen yang sepatutnya bermula bulan hadapan ditangguhkan susulan pengisytiharaan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Januari sehingga 1 Ogos ini.
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#Rina Harun
#Rang Undang-Undang
#Dewan Rakyat
#Peguam Negara
#AGC
#bentang di Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan