Dron dipintas di ruang udara Dubai; serpihan cetus kebakaran di hotel ikonik Burj Al Arab

Kepulan asap kelihatan di ruang udara sebuah hotel yang mengalami kemusnahan di Palm Jumeirah, Dubai, UAE, 28 Feb 2026, dalam tangkap layar video yang diperolehi REUTERS ini.
Pihak berkuasa Dubai pada Ahad memaklumkan bahawa sebuah dron telah dipintas di ruang udara bandar itu, dengan serpihan yang terjatuh mencetuskan kebakaran terhad pada bahagian luar bangunan hotel mewah ikonik Burj Al Arab, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di X, Pejabat Media Dubai menyatakan pasukan Pertahanan Awam bertindak balas dengan segera dan berjaya mengawal keadaan.
Tiada kecederaan dilaporkan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

