awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600

Bernama
Bernama
03/07/2024
08:55 MYT
Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600
Majistret membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Sept ini untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memeras ugut seorang lelaki dengan meminta wang RM600, tiga bulan lepas.
Koperal Mohd Firdaus Abdul Samad, 36, dan Lans Koperal Mohamad Firdaus Abu Bakar, 31, didakwa melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Teo Kok Yong, 43, iaitu satu bencana akan berlaku kepadanya dan mendorong mangsa menyerahkan wang RM600 kepada kedua-dua tertuduh di tepi Jalan 2/125, Desa Petaling, Cheras di sini pada 11 pagi, 24 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind tidak menawarkan jaminan manakala peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed memohon jaminan rendah atas alasan kedua-dua anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.
Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Sept ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#kes rasuah
#peras ugut
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan