awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anggota polis trafik cedera dirempuh ketika bantu kereta rosak

Bernama
Bernama
03/01/2018
10:08 MYT
Dua anggota polis trafik cedera dirempuh ketika bantu kereta rosak
Dua anggota polis trafik cedera selepas dirempuh sebuah van ketika sedang menghulurkan bantuan kepada sebuah kereta yang rosak.
Dua anggota polis trafik yang sedang memberi bantuan kepada sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan di kawasan susur masuk berhampiran Hotel Sama-Sama, Sepang dekat sini, cedera setelah kenderaan tersebut dirempuh kenderaan lain dalam satu insiden awal pagi ini.
Kedua-dua anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu iaitu Lans Koperal Suzaili Mohd Marzuki, 31, dan Lans Koperal Abd Mutalib Ismail, 40, cedera di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu.
Menurut jurucakap polis, kereta yang mengalami kerosakan itu dirempuh dari belakang oleh sebuah van yang menyebabkan kereta itu maju ke hadapan dan terkena dua anggota polis trafik berkenaan.
Jurucakap polis itu berkata pemandu van tersebut telah ditahan untuk siasatan.
Kedua-dua anggota polis trafik berkenaan dirawat di Hospital Putrajaya. Keadaan mereka dilaporkan stabil.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera
#hospital putrajaya
#KLIA
#lans koperal
#polis
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan