awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bekas pegawai badan berkanun direman disyaki guna dokumen butiran palsu

Bernama
Bernama
21/05/2025
13:57 MYT
Dua bekas pegawai badan berkanun direman disyaki guna dokumen butiran palsu
Suspek ditahan secara berasingan antara 11 pagi dan 3 petang semalam di Perak dan Terengganu, sebelum dibawa ke Pejabat SPRM Negeri Sembilan. - Gambar fail
SEREMBAN: Dua bekas pegawai badan berkanun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bersubahat menggunakan dokumen butir matan palsu melibatkan tuntutan pembayaran dividen kira-kira RM180,000 antara 2021 hingga 2023.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Azuain Mohd Talhah selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang wanita berusia 30-an dan lelaki berumur 40-an itu ditahan secara berasingan antara 11 pagi dan 3 petang semalam di Perak dan Terengganu, sebelum dibawa ke Pejabat SPRM Negeri Sembilan.
"Mereka dipercayai menerima pembayaran dividen tersebut melalui akaun bank milik pasangan masing-masing yang merupakan penama tidak layak," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#pegawai berkanun
#subahat
#dokumen butir matan palsu
#tuntutan pembayaran dividen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan