awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Penantian 65 tahun buat Lincoln City berakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik antara enam lelaki didakwa bunuh pemandu e-hailing

Bernama
Bernama
13/01/2022
00:23 MYT
Dua beradik antara enam lelaki didakwa bunuh pemandu e-hailing
Enam lelaki didakwa atas pertuduhan membunuh pemandu e-hailing di tempat letak kenderaan bahagian belakang sebuah kelab di Kepong, pada 28 Dis lepas. -Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Enam lelaki termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh pemandu e-hailing di tempat letak kenderaan bahagian belakang sebuah kelab di Kepong, pada 28 Dis lepas.
Teng Cheng Heng, 22, Chew Jun Seng, 22, Yohannes Isaac Anak Luwang, 21, Won Kok Wei, 20, serta dua beradik iaitu Ng Zhang Jing, 24,dan Ng Zhang Le, 20, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua lelaki itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa membunuh Mohd Farid Abdullah, 29, pada 1.35 pagi, 28 Dis lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip manakala Peguam Rodzim Zaimy Abdul Hamid mewakili Chew sementara lima tertuduh lain tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh pemandu e-hailing
#dua beradik
#Teng Cheng Heng
#Chew Jun Seng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan