awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
Delegasi Hamas bincang situasi Gaza, Baitulmaqdis dengan Presiden Turkiye Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik hilang di Seri Kembangan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
15/02/2025
03:50 MYT
Dua beradik hilang di Seri Kembangan
Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua beradik yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Taman Harmoni 5, Seri Kembangan, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan dua kanak-kanak itu sekitar jam 2.48 pagi, pada Jumaat.
"Dua individu yang dilaporkan hilang ialah Nur Syafiqah Elliana Muhammad Rizuan Sebastian, 15 tahun dan adiknya, Muhammad Adam Mikhail Muhammad Rizuan Sebastian, 10 tahun.
"Nur Syafiqah Elliana mempunyai ketinggian lebih kurang 140cm, berbadan kurus, berambut pendek dan kali terakhir dilihat memakai baju panas berwarna gelap, seluar tracksuit panjang warna gelap serta selipar Crocs warna ungu.
Muhammad Adam Mikhail pula mempunyai ketinggian sekitar 135cm, berbadan kurus dan berambut pendek," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Naazron berkata, kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau Pegawai Penyiasat, Sjn Karunagaran A/L Balan di talian 012-2449414.
Topic Berkaitan
#dua beradik
#hilang
#Kanak-kanak
#Naazron Abdul Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan