awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik maut kena renjatan elektrik: Tiada talian terputus daripada tiang TNB

Bernama
Bernama
01/10/2022
11:38 MYT
Dua beradik maut kena renjatan elektrik: Tiada talian terputus daripada tiang TNB
TNB memaklumkan syarikat itu dan ST sedang menyiasat insiden berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Siasatan awal Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) mendapati tidak berlaku talian (wayar) terputus daripada tiang TNB dan terjatuh di atas bumbung rumah dua beradik yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, pada Jumaat.
Justeru, TNB dalam kenyataan hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa berlaku hal sedemikian dan memaklumkan syarikat itu dan ST sedang menyiasat insiden berkenaan.
"TNB meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai punca kejadian sehingga siasatan selesai sepenuhnya dan sebagai menghormati keluarga mangsa," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu wakil TNB turut menziarahi keluarga mangsa dan menyerahkan sumbangan ehsan.
Kedua beradik berusia 10 dan 9 tahun itu dilaporkan sedang mandi di dalam besen apabila terkena renjatan elektrik yang disyaki mengalir dari besi penyidai baju akibat kebocoran arus elektrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua beradik maut
#renjatan elektrik
#bangi
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan