awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik maut, kereta dirempuh bas persiaran

Bernama
Bernama
24/07/2013
08:58 MYT
Dua beradik maut, kereta dirempuh bas persiaran
Dua beradik terbunuh selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di hadapan Kompleks Mahkamah Kuantan dekat Bandar Indera Mahkota, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam nahas 10.30 pagi itu, Arif Akmal Ab Razak, 22, (pemandu) dan adiknya, Aniq Ihsan Ab Razak, 16, dalam perjalanan dari Jalan Kuantan-Bypass menghala ke Semambu.
"Dipercayai di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Proton Wira yang menyusur keluar dari kompleks mahkamah berkenaan telah mengubah lorong dari kiri ke kanan secara tiba-tiba.
"Akibat itu kereta yang dinaiki dua beradik itu melanggar belakang kereta Proton Wira terbabit sebelum dirempuh sebuah bas persiaran dari belakang," katanya.
Beliau berkata kejadian itu menyebabkan kedua-dua beradik yang berasal dari Kampung Teluk Mahang, Gambang meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Kuantan
#Semambu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan