awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik terperangkap setengah jam dalam kereta akibat 'auto lock' - Bomba

Bernama
Bernama
16/03/2023
15:06 MYT
Dua beradik terperangkap setengah jam dalam kereta akibat 'auto lock' - Bomba
Dua beradik yang terperangkap kira-kira setengah jam di dalam sebuah kenderaan di Persiaran Putra Indah, Putra Heights, Subang Jaya pada Khamis akibat 'auto lock' berjaya diselamatkan. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Dua beradik yang terperangkap kira-kira setengah jam di dalam sebuah kenderaan di Persiaran Putra Indah, Putra Heights, Subang Jaya pada Khamis akibat 'auto lock' berjaya diselamatkan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat berkata mangsa berusia 16 bulan dan empat tahun.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 3.30 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerah ke lokasi kejadian.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati sebuah kereta telah terkunci serta terdapat dua kanak-kanak di dalamnya... mereka kemudian selamat dikeluarkan oleh keluarga mangsa menggunakan kunci pendua," katanya ketika dihubungi.
Morni berkata kenderaan itu dipercayai terkunci akibat 'auto lock' dan kedua-dua mangsa berada dalam keadaan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan atau sesak nafas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Kanak-kanak
#terperangkap
#auto lock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan