awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak maut di Juru, polis tahan suami bantu siasatan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
19/10/2025
02:50 MYT
Dua beranak maut di Juru, polis tahan suami bantu siasatan
Pasukan polis bersama unit forensik telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan terperinci, termasuk mengumpul bahan bukti serta mengenal pasti motif pembunuhan.
JURU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai suami mangsa bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat dua beranak dalam kejadian bunuh di Kampung Sekolah Juru, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penahanan dibuat polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Menurut beliau, setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian sebenar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, mayat dua beranak yang dibunuh di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang malam tadi dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat hari ini.
Terdahulu mayat wanita dan anak perempuannya dibawa keluar dari rumah sewa mereka kira- kira jam 1.45 pagi selepas pihak forensik dan patalogi selesai membuat siasatan.
Pemeriksaan sekitar rumah juga dilakukan pihak polis bagi mencari bahan bukti bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Difahamkan mangsa berasal dari Sik, Kedah dan ahli keluarga turut hadir di lokasi kejadian namun kehadiran mereka dikawal pihak polis.
Semalam, Astro AWANI melaporkan, dua beranak ditemukan maut oleh suaminya pada jam 7.30 malam di rumah kampung dua tingkat yang disewa sejak dua tahun lepas.
Mayat wanita berusia 51 tahun itu ditemukan di bahagian dapur tingkat bawah rumah dalam keadaan menyayat hati manakala, anaknya dalam keadaan meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah.
Topic Berkaitan
#dua beranak maut
#maut ditetak di Juru
#mati ngeri
#rumah sewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan