awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak maut, lima cedera dalam kemalangan babit lima kenderaan

Bernama
Bernama
06/05/2022
06:11 MYT
Dua beranak maut, lima cedera dalam kemalangan babit lima kenderaan
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Azharruddin, 34, dan ibunya, Nor Rohaini, 62, beralamat di Felda Palong 12, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. - Foto ihsan PDRM
SEREMBAN: Dua beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Besar Palong 4, Gemas dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian 11.50 malam itu mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Azharruddin, 34, dan ibunya, Nor Rohaini, 62, beralamat di Felda Palong 12, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati, sebuah MPV jenis Proton Exora dipandu wanita bersama seorang penumpang lelaki dalam perjalanan dari Dungun, Terengganu ke Melaka melalui jalan Palong. Pemandu dipercayai mengantuk dan keletihan menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan.
"Kereta itu kemudiannya dipercayai merempuh tayar belakang sebelah kanan lori jenis Nissan UD dipandu lelaki berusia 39 tahun dari arah bertentangan dan melanggar sebuah lagi Proton Exora di bahagian hadapan sisi kanan yang juga dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hoo berkata wanita itu kemudian melanggar sebuah lagi kereta Toyota Avanza dipandu wanita berumur 29 tahun bersama mangsa dan tiga penumpang lain dari arah depan sebelum sebuah lagi kenderaan model yang sama di belakangnya melanggar Proton Exora.
Beliau berkata lima mangsa lain mengalami kecederaan di bahagian kepala serta patah kaki manakala tiga mangsa lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Hoo berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan Gemas
#dua beranak maut
#kemalangan lima kenderaan
#Jempol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan