awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua budak lelaki lemas ketika mandi sungai

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2023
09:55 MYT
Dua budak lelaki lemas ketika mandi sungai
Dua budak lelaki lemas semasa mandi di Sungai Pulau Jering, Kampung Bukit Tunggal, Segamat pada Jumaat. - Sinar Harian
SEGAMAT: Dua budak lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Pulau Jering, Kampung Bukit Tunggal di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, dua mangsa berkenaan ialah Muhammad Khalifi Kamaruzaman, 13, dan Ahmad Muhammad Ibnu Hermee, 12.
Menurut beliau, pihak polis menerima laporan daripada keluarga mangsa pada jam 5.10 petang.
“Kedua-dua mangsa disedari lemas oleh salah seorang bapa kanak-kanak tersebut yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum meminta bantuan orang awam.
“Dengan bantuan penduduk kampung, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik swasta di sini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ahmad Zamry berkata, mangsa masing-masing merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tunggal dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jementah.
Katanya, bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) pada Sabtu bagi mengenal pasti punca kematian.
"Tiada sebarang unsur jenayah ke atas kematian kedua-dua mangsa.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lemas
#Sungai Pulau Jering
#Segamat
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan