awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua cedera, alat pemampat penghawa dingin meletup

Bernama
Bernama
15/12/2017
22:47 MYT
Dua cedera, alat pemampat penghawa dingin meletup
Kedua-dua pekerja pelenggaraan itu dipercayai sedang membaiki alat penghawa dingin tersebut ketika kejadian berlaku. - Gambar hiasan
Dua pekerja cedera parah selepas pemampat gas alat pendingin hawa dalam sebuah bot ekspres yang sedang dalam penyelenggaraan meletup di Limbungan Shin Matu, Jalan Buangsiol, di sini pada Jumaat malam.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, mangsa, Wong Ching Sieng, 61, patah kaki kanan serta melecur manakala Saifudin Serap, 33, melecur di muka dan bahagian badan.
Kedua-dua pekerja pelenggaraan itu dipercayai sedang membaiki alat penghawa dingin tersebut ketika kejadian berlaku.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Limbang untuk mendapat rawatan.
Kenyataan itu menyebut, Balai Bomba dan Penyelamat Limbang menerima panggilan kecemasan pada jam 7.38 malam dan tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian sebelum melakukan operasi mengeluarkan mangsa daripada bot berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#cedera
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
#Jalan Buangsiol
#Limbangun Shin Matu
#meletup
#pendingin hawa
#Pusat Gerak Operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan