awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua cedera, lima selamat nahas babit empat kenderaan di lebuh raya

Aida Aziz
Aida Aziz
10/11/2022
22:15 MYT
Dua cedera, lima selamat nahas babit empat kenderaan di lebuh raya
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan. - Foto JBPM Perak
SLIM RIVER: Dua lelaki cedera manakala lima lagi selamat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di kilometer (km) 365 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini lewat malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kemalangan itu membabitkan tiga buah lori dan sebuah kereta jenis Mercedes.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.47 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River digerakkan ke lokasi.
"Kemalangan itu membabitkan tujuh orang mangsa di mana dua daripadanya cedera. Empat kenderaan itu ialah lori kontena muatan sarung tangan (seorang lelaki selamat).
"Lori 1 tan (seorang lelaki cedera, seorang lelaki selamat), lori 3 tan (seorang lelaki selamat, seorang lelaki cedera tersepit) dan sebuah kereta Mercedes (dua lelaki selamat)," katanya dalam kenyataan awal pagi Jumaat.
Menurut kenyataan itu lagi, kesemua kenderaan berkenaan berlanggar dari arah belakang antara satu sama lain.
Jelasnya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkannya mangsa cedera kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi rawatan susulan.
Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saijul Amri Malik itu tamat pada jam 12.58 tengah malam.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#kemalangan empat kenderaan
#JBPM Perak
#Slim River
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan