awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua cedera, van bawa 12 individu langgar lori simen

Aida Aziz
Aida Aziz
04/06/2024
01:45 MYT
Dua cedera, van bawa 12 individu langgar lori simen
Keadaan van yang terlibat dalam nahas di kilometer (km) 331 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, arah selatan. - Foto JBPM Perak
TAPAH: Dua cedera manakala 10 lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan terselamat selepas van yang dinaiki mereka melanggar sebuah lori simen di kilometer (km) 331 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, arah selatan, awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku jam 2.59 pagi itu menyebabkan seorang lelaki iaitu pemandu dan wanita, yang merupakan penumpang depan, cedera tersepit.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, van jenis Toyota Hiace itu membawa seramai empat lelaki, tujuh wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan Slim River dikejarkan ke lokasi.
"Dua mangsa yang cedera dan tersepit masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an berjaya dikeluarkan.
"Didapati kedua-dua mereka cedera pada bahagian kepala dan dada.
"Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan susulan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Operasi yang membabitkan seramai 12 orang anggota itu tamat sepenuhnya pada jam 4.04 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#tersepit
#van
#lori simen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan