awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ditahan di Labuan disyaki perdagangkan manusia

Bernama
Bernama
15/10/2023
14:25 MYT
Dua ditahan di Labuan disyaki perdagangkan manusia
Kedua-dua individu itu disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imegresen 1559/63. - Gambar Bernama
LABUAN: Polis menahan seorang wanita warga Filipina dan seorang lelaki rakyat tempatan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di pulau bebas cukai ini.
Ketua Polis Labuan Supt Mohd Hamizi Halim berkata mereka diberkas Jumaat lepas di pusat bandar di sini, setelah polis menerima panggilan kecemasan daripada Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur.
"Kedutaan dihubungi dua wanita Filipina yang berjaya melarikan diri dari lokasi mereka ditempatkan dan meminta diselamatkan," katanya hari ini.
Mohd Hamizi berkata satu pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) segera menyerbu sebuah pusat hiburan di sini.
"Mereka berjaya menyelamatkan lima wanita Filipina berumur antara 25 hingga 33 tahun yang dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dan dipaksa bekerja di pusat hiburan itu," katanya.
Beliau berkata Mahkamah Majistret membenarkan tahanan reman selama enam hari mulai hari ini hingga 21 Okt ke atas dua individu itu untuk siasatan lanjut.
Kedua-dua individu itu disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imegresen 1559/63.
Mohd Hamizi menggesa orang ramai untuk berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian jenayah atau aktiviti penyeludupan manusia dengan polis sebagai usaha untuk membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kejadian jenayah
#Tahanan reman
#siasatan lanjut
#pusat hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan