awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gattuso letak jawatan ketua jurulatih Itali selepas gagal ke Piala Dunia
Sekurang-kurangnya 24 petugas kesihatan terkorban di Iran sejak serangan AS-Israel
Pelajar perlu seimbangkan penguasaan ilmu, adab dan akhlak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua gempa bumi landa timur Indonesia

Bernama
Bernama
29/03/2026
08:10 MYT
Dua gempa bumi landa timur Indonesia
Menurut data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada risiko tsunami dalam kedua-dua kejadian. - Gambar hiasan
Gempa bumi melanda Maluku dan Sulawesi Tenggara di timur Indonesia awal Ahad, menurut pihak berkuasa.
Menurut data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada risiko tsunami dalam kedua-dua kejadian.
Di Maluku, gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda wilayah Kabupaten Maluku Barat Daya pada 1.38 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak di laut kira-kira 48 km utara wilayah itu pada kedalaman 141 km.
Gegaran dirasai di Tiakur, ibu kota wilayah berkenaan, dengan intensiti sederhana namun tidak menyebabkan kerosakan.
Dalam kejadian berasingan, gempa bumi berukuran 2.6 magnitud melanda Kolaka di Sulawesi Tenggara pada 12.56 tengah malam waktu tempatan.
Pemangku Ketua BMKG Wilayah IV Makassar, Nasrol Adil berkata gempa bumi berkenaan berpunca daripada pergerakan di sepanjang garis sesar berhampiran, dengan pusat gempa kira-kira lapan km barat laut Kolaka pada kedalaman tiga km.
Beliau berkata berdasarkan anggaran peta gegaran dan laporan awam, gempa bumi dirasai di daerah Latambaga dan Kolaka dengan intensiti II hingga III pada skala Intensiti Mercalli (MMI) yang Diubah suai.
“Getaran itu dirasai beberapa orang dan dirasai di dalam rumah, sama seperti kenderaan berat yang lalu-lalang,” katanya menurut Agensi Berita ANTARA.
Pihak berkuasa terus memantau kedua-dua kawasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Indonesia
#Maluku
#Sulawesi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan