awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga global: Kerajaan dan rakyat perlu bersatu, jadikan "loceng amaran" - Sultan Nazrin
Konflik Asia Barat: Rubio sertai rundingan Israel-Lubnan di Jabatan Negara AS
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua individu ditahan bersabit insiden main mercun dari 'sunroof' kereta sedang bergerak

Bernama
Bernama
29/03/2026
09:40 MYT
Dua individu ditahan bersabit insiden main mercun dari 'sunroof' kereta sedang bergerak
Tangkapan membabit individu berumur 21 dan 28 tahun itu dibuat pada 2.40 petang di sekitar kawasan Sungai Buloh dan Seksyen 9, Shah Alam. - Foto media sosial
Polis menahan dua warga tempatan termasuk seorang wanita semalam, bersabit insiden bermain mercun secara berbahaya dari sunroof kereta yang sedang bergerak di sekitar Persiaran Ficus Seksyen U15, di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata tangkapan membabit individu berumur 21 dan 28 tahun itu dibuat pada 2.40 petang di sekitar kawasan Sungai Buloh dan Seksyen 9, Shah Alam.
“Dalam tangkapan itu, sebuah kereta jenis Proton Satria, masing-masing satu telefon bimbit dan batang mercun yang dipercayai digunakan dalam kes ini turut dirampas bagi membantu siasatan.
“Kesemua individu telah direman tiga hari sehingga Selasa ini (31 Mac) untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Semalam, Ramsay dilaporkan berkata pihaknya sedang mengesan beberapa individu disyaki terbabit dalam insiden bermain mercun secara berbahaya dari sunroof kereta yang sedang bergerak di sekitar Persiaran Ficus Seksyen U15, di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan pada 12.48 tengah hari semalam selepas video berkaitan insiden itu tular di media sosial, dan mengesahkan ia berlaku di kawasan Elmina Rainforest.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Tahan
#Ramsay Embol
#shah alam
#mercun
# sunroof kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan