awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan Negara: Prabowo tiba di Paris, adakan pertemuan dengan Macron
Anwar rakam takziah atas pemergian legenda muzik India Asha Bhosle
Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki

Faida Rahim
Faida Rahim
14/04/2026
02:51 MYT
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Azam berucap pada Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) ke-12, Bangi, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan, cabaran utama perkhidmatan awam masa kini bukan lagi kekurangan dasar atau perancangan, tetapi keupayaan memastikan setiap keputusan dilaksanakan dengan berkesan serta memberi impak nyata kepada rakyat.
Beliau berkata, jurang antara keputusan dan pelaksanaan perlu ditangani secara serius bagi membina sistem pentadbiran yang berfungsi, responsif dan dipercayai.
“Dalam banyak keadaan, inisiatif telah dilancarkan dan pelan telah dirangka, namun pelaksanaannya tidak disempurnakan sepenuhnya.
"Kelemahan ini bukan sahaja menjejaskan keberkesanan dasar, malah boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap keupayaan perkhidmatan awam,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) ke-12, di sini, pada Selasa.
Azam berkata, selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dan pendekatan Whole-of-Government (pendekatan pentadbiran yang menekankan kerjasama menyeluruh), kerajaan memberi penekanan kepada penyampaian berasaskan hasil, pengurangan kerenah birokrasi serta peningkatan kecekapan sistem penyampaian.
Beliau menambah, CeIO perlu tampil sebagai penggerak utama dalam memastikan setiap inisiatif dilaksanakan dengan berintegriti, dipantau secara sistematik dan benar-benar memberi nilai kepada rakyat.
Menurutnya, usaha memperkukuh integriti negara turut diperkasa melalui pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2029 yang berteraskan prinsip Malaysia MADANI, dengan penekanan kepada amanah, akauntabiliti dan tanggungjawab bersama.
“Kerajaan telah menetapkan sasaran jelas untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) ke tangga 25 teratas dunia menjelang tahun 2033.
"Sasaran ini bukan sekadar ukuran prestasi tetapi mencerminkan keazaman negara untuk memperkukuh imej Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai sebuah negara yang telus, berakauntabiliti dan berintegriti tinggi,” katanya.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#integriti
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan