awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat

Bernama
Bernama
14/04/2026
06:34 MYT
Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat
Majlis CeIO yang berlangsung di Bangi pada Selasa diadakan dalam kawalan keselamatan yang ketat berikutan kehadiran Azam Baki. - Foto AWANI/ Shahir Omar
Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer, CeIO) yang berlangsung di Bangi pada Selasa diadakan dalam kawalan keselamatan yang ketat berikutan kehadiran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Difahamkan, langkah keselamatan itu dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian kekecohan seperti yang berlaku semasa program Wacana Ilmiah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 7 April lalu daripada berulang.
Tinjauan di lokasi mendapati setiap pintu masuk dikawal oleh pasukan Skuad Taktikal Khas (ACTS) SPRM, selain kehadiran polis bantuan serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Petugas media yang hadir turut diwajibkan menjalani proses pendaftaran dan hanya dibenarkan membuat liputan selepas diberikan pas khas.
Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu bagaimanapun berjalan lancar tanpa sebarang gangguan tidak diingini.
Sebelum ini, media melaporkan Tan Sri Azam dipercayai diganggu oleh dua individu ketika sedang berucap dalam program Wacana Ilmiah Perdana di WTCKL.
Kedua-dua individu tersebut dilaporkan secara tiba-tiba bangun sambil mengangkat sepanduk yang mengandungi kecaman terhadap beliau, selain melaungkan beberapa kenyataan.
Keadaan bertukar tegang apabila salah seorang daripada individu terbabit menjerit dan cuba meluru ke arah pentas sebelum bertindak pantas pihak keselamatan menahannya.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Pegawai Integriti Bertauliah
#CeIO
#SPRM
#konvokesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan