awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Abbas Araghchi puji pendirian tegas Islamabad sokong Tehran
BN perlu segera lantik penyelaras 115 kerusi Parlimen - Sivaraj
Serangan dron cetus kebakaran, operasi lapangan terbang Dubai tergendala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua juta kenderaan dijangka masuk Kelantan sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
16/03/2026
10:08 MYT
Dua juta kenderaan dijangka masuk Kelantan sempena Aidilfitri
JPJ akan menjalankan rondaan di semua Jalan Persekutuan dan Negeri dengan tumpuan kepada 10 koridor utama trafik dan 38 lokasi blackspot kemalangan. - Gambar fail
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menganggarkan dua juta kenderaan akan memasuki Kelantan sempena Aidilfitri ini susulan kepulangan perantau ke kampung halaman masing-masing.
Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata sehubungan dengan itu pihaknya akan menempatkan anggota di Jalan Persekutuan dan Negeri yang telah dikenal pasti.
"JPJ akan menjalankan rondaan di semua Jalan Persekutuan dan Negeri dengan tumpuan kepada 10 koridor utama trafik dan 38 lokasi blackspot kemalangan.
"Antara lokasi blackspot kemalangan adalah Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Jalan Pasir Puteh-Kuala Terengganu, Terengganu dan Jalan Jeli-Gerik, Perak," katanya kepada pemberita selepas meninjau Sistem Kesedaran Keselamatan Automatik (AWAS) di hadapan Istana Kubang Kerian di sini hari ini.
Mohd Misuari berkata sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2026, pihaknya menggerakkan seramai 187 anggota penguat kuasa, melibatkan 33 kenderaan penguat kuasa serta 50 pasukan operasi yang terdiri daripada semua bahagian JPJ Kelantan.
Sementara itu, mengenai kamera AWAS, Mohd Misuari berkata hasil pemantauan di FT03 Seksyen 702 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, sebanyak 24,135 kes pelanggaran had laju direkodkan dalam tempoh 17 Feb hingga 5 Mac lepas.
"Daripada jumlah tersebut, 15,553 kes melibatkan kenderaan dari arah Kota Bharu manakala 8,582 kes pula membabitkan kenderaan dari arah Kuala Terengganu.
"Berdasarkan analisis harian, jumlah pelanggaran tertinggi direkodkan pada 20 Feb lepas dengan 1,771 kes. Secara purata, lebih 1,400 kes pelanggaran had laju dicatatkan setiap hari sepanjang tempoh pemantauan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan
#lalu lintas
#Kelantan
#Aidilfitri
#hari raya
#JPJ
#kamera AWS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan