awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti

Bernama
Bernama
07/08/2021
10:16 MYT
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman Dahlan (kiri) meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah dan Shah Headan Ayoob Hussain Shah pula mengumumkan pengunduran sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkuat kuasa serta-merta.
Ketua UMNO Bahagian Tuaran itu berkata, ia selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas dan sebagai Ahli MKT UMNO, beliau patuh dan setia dengan ketetapan parti.
"Saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah dengan serta-merta," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan UMS kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatannya di universiti itu.
Abdul Rahman, bekas Ahli Parlimen Kota Belud, dilantik ke jawatan itu pada 3 Feb lepas.
Di PULAU PINANG, Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Lembaga Pengarah UPM Holdings Sdn Bhd berkuat kuasa serta-merta.
Shah Headan, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang berkata, keputusan itu berikutan tindakan UMNO Pusat menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional.
"Saya mengambil tanggungjawab ini selaku ahli parti yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti. Keputusan ini dibuat atas kerelaan saya serta bukan paksaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, tular di laman sosial Facebook status terkini Shah Headan yang memuat naik surat peletakan jawatannya bertarikh semalam ditujukan kepada dan diterima oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Semalam, Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO, turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi berkuat kuasa serta-merta. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dua Ketua UMNO Bahagian
#letak jawatan
#Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
#Abdul Rahman Dahlan
#Shah Headan Ayoob Hussain Shah
#Majlis Kerja Tertinggi
#mkt
#UMNO
#Universiti Malaysia Sabah
#Universiti Putra Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan