awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki bantu kegiatan ah long ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
04/04/2024
01:00 MYT
Dua lelaki bantu kegiatan ah long ditahan
Muhamad Zaki memberitahu, suspek pertama akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pada Khamis untuk pertuduhan, manakala suspek kedua akan ditangkap semula berkait repot Pasir Mas. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Dua lelaki yang disyaki membantu kegiatan ah long ditahan polis menerusi Op Vulture di sekitar bandar ini pada Isnin.
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 29 dan 39 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan oleh pasukan risik dan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Ketua Polis Negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek pertama berusia 39 tahun ditahan pada jam 10 pagi semasa menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Jalan Kelocor di sini.
"Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah telefon bimbit jenis Huawei Mate 30 Pro dan kad sim selepas disyaki menjalankan aktiviti perniagaan pinjaman wang tanpa lesen.
"Susulan daripada tangkapan pertama, pada jam 4 petang, anggota bertugas telah menahan sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan kilang serbuk kari di Taman Koperasi, Jalan Long Yunus, Tanjung Chat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, dalam serbuan itu polis merampas sebuah telefon bimbit jenis Iphone 12 Pro dan sekeping kad sim selepas disyaki menjalankan aktiviti perniagaan pinjaman wang tanpa lesen.
Katanya, hasil siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen sejak 2019 yang melibatkan mangsa atau peminjam dari daerah Kota Bharu dan Pasir Mas.
Muhamad Zaki memberitahu, suspek pertama akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pada Khamis untuk pertuduhan, manakala suspek kedua akan ditangkap semula berkait repot Pasir Mas.
Ujar beliau, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951.
"Orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terjebak dengan pinjaman wang tanpa lesen kerana akan memberikan kesan yang buruk kepada peminjam, keluarga dan orang sekeliling.
"Polis Kelantan kini dalam gerak kerja menggempur sindiket ah long di seluruh negeri ini secara habis-habisan dan kami tidak akan berkompromi terhadap kumpulan pinjaman wang tidak berlesen," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ah Long
#Muhamad Zaki Harun
#JSJK
#pinjaman wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan