awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki dikhuatiri lemas di Marang

Bernama
Bernama
25/12/2020
15:57 MYT
Dua lelaki dikhuatiri lemas di Marang
Dua lelaki dikhuatiri lemas setelah dipercayai hilang ketika mandi laut, petang tadi, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang Yahya Hanafi. -Gambar hiasan
MARANG:Dua lelaki dikhuatiri lemas setelah dipercayai hilang ketika mandi laut, petang tadi, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang Yahya Hanafi.
Beliau berkata dalam kejadian berasingan itu, pihaknya masih gagal menemui mangsa sehingga malam ini ekoran keadaan ombak bergelora.
Katanya, kejadian pertama berlaku di Pantai Jambu Bongkok dan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.37 petang manakala kejadian kedua di Pantai D'Marang Village, Kelulut, hanya beberapa minit selepas itu.
"Bagi kes di Pantai Jambu Bongkok mangsa ialah Wan Nashaifudin Wan Latif, 48, yang beralamat di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, manakala bagi kes di Pantai D' Marang Village, Kelulut mangsa dikenali sebagai Naim Hariri Kamaruddin, 31, beralamat di Kuala Lumpur.
"Kedua-dua mangsa disyaki lemas selepas mandi di pantai tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Yahya berkata meskipun bomba menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di laut, pihaknya masih giat melakukan rondaan di sepanjang pesisir pantai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dikhuatiri lemas
#mandi laut
#Balai Bomba dan Penyelamat Marang
#Yahya Hanafi
#Pantai Jambu Bongkok
#Pantai D'Marang Village
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan