awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki Indonesia hilang di Tawau

Bernama
Bernama
30/06/2023
13:08 MYT
Dua lelaki Indonesia hilang di Tawau
Champin berkata laporan kehilangan mangsa diterima pada 28 Jun, sekali gus operasi mencari dan menyelamat diaktifkan. - Gambar Astro AWANI
TAWAU: Seorang pekerja ladang sawit dan anak saudaranya dilaporkan hilang selepas keluar memburu pada Sabtu lalu, di kawasan hutan berhampiran Ladang OP 6A Usahawan Borneo Brumas dekat sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata mangsa, dua lelaki yang juga warga Indonesia itu dikenali sebagai Iwan Musakir, 33, dan Al Fajriada, 11, keluar memburu di kawasan itu bersama enam lelaki lain, pada jam 4 petang.
"Keesokannya pada 9 pagi, enam rakan mangsa sudah berkumpul dan menunggu di luar kawasan hutan, tetapi sehingga 2 petang mangsa serta anak saudaranya masih tiada.
"Jarak lokasi kejadian daripada jalan utama lebih kurang 40 kilometer dengan masa perjalanan kira-kira 2 jam menggunakan kenderaan pacuan 4 roda, kemudian enam lelaki ini bertindak memaklumkan kepada keluarga dan rakan lain untuk bantuan mengesan kedua-dua mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Champin berkata laporan kehilangan mangsa diterima pada 28 Jun, sekali gus operasi mencari dan menyelamat diaktifkan.
"Ketika ini usaha mencari mangsa di kawasan hutan itu diteruskan membabitkan anggota polis, pasukan bomba termasuk pekerja ladang berkenaan," katanya lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan pacuan 4 roda
#kehilangan mangsa
#anggota polis
#pasukan bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan