awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki maut dalam kemalangan di PLUS dan Teluk Intan
Iran beri amaran sebarang "pelanggaran" oleh AS akan terima "tindak balas sewajarnya"
Qari Perak, Qariah Sarawak johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki maut dalam kemalangan di PLUS dan Teluk Intan

Bernama
Bernama
18/04/2026
15:20 MYT
Dua lelaki maut dalam kemalangan di PLUS dan Teluk Intan
Dua lelaki maut dalam dua kemalangan berasingan di Kilometer 281.1 Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) arah selatan dan Kampung Sungai Ranggam, Teluk Intan, hari ini. - Foto Facebook IPD Ipoh
Dua lelaki maut dalam dua kemalangan berasingan di Kilometer 281.1 Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) arah selatan dan Kampung Sungai Ranggam, Teluk Intan, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata dalam kejadian di PLUS pagi tadi, seorang penunggang motosikal, iaitu lelaki berusia 21 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.
“Siasatan awal mendapati sebuah lori yang dipandu lelaki berumur 54 tahun sedang bergerak lurus di lorong kiri dari arah Bercham menghala ke Kuala Lumpur.
“Ketika kejadian, motosikal itu yang datang dari arah belakang di lorong sama dipercayai gagal mengawal kenderaan dan tidak sempat mengelak lalu melanggar lori tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
“Siasatan juga mendapati mangsa merupakan sebahagian daripada kumpulan konvoi motosikal yang dalam perjalanan dari Nibong Tebal ke Sungkai.
“Kedua-dua kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom. Pihak polis juga akan menjalankan saringan air kencing terhadap pemandu lori bagi membantu siasatan,” katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kejadian lain, seorang lelaki warga Indonesia maut selepas dihempap traktor mini yang dipandunya selepas kenderaan itu terbalik ke dalam parit di belakang masjid di Kampung Sungai Ranggam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 1.51 tengah hari.
“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati pihak polis telah tiba di kawasan kejadian dan kemalangan melibatkan sebuah traktor mini yang digunakan untuk mengangkut buah sawit telah terbalik ke dalam parit.
“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa warganegara Indonesia berumur 25 tahun terhimpit telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Lebuh Raya PLUS
#Teluk Intan
#Kampung Sungai Ranggam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan