awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Bahagian Penguasa Angkasa sah terima maklumat objek di ruang udara Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki melecur penyaman udara kontena meletup di Pasir Gudang

Bernama
Bernama
28/01/2026
00:50 MYT
Dua lelaki melecur penyaman udara kontena meletup di Pasir Gudang
Kebakaran akibat letupan itu berjaya dipadamkan menggunakan satu unit alat pemadam api jenis debu kering sebelum ketibaan pasukan bomba.
JOHOR BAHRU: Dua lelaki melecur pada muka dan badan selepas terlibat dalam kejadian letupan unit penyaman udara sebuah kontena di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, petang semalam.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada 4.51 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 minit kemudian.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku letupan melibatkan unit penyaman udara kontena yang membabitkan dua mangsa lelaki dewasa berusia 50 dan 20 tahun,” menurut pusat gerakan itu dalam kenyataan awal pagi ini.
Kebakaran akibat letupan itu berjaya dipadamkan menggunakan satu unit alat pemadam api jenis debu kering sebelum ketibaan pasukan bomba.
Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Operasi melibatkan enam anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan ditamatkan sepenuhnya pada 5.14 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#melecur
#letupan
#penyaman udara
#kontena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan