awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki samun kedai serbaneka diburu

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2024
04:50 MYT
Dua lelaki samun kedai serbaneka diburu
Rakaman CCTV yang menunjukkan suspek yang terlibat kes samun berkenaan. - Foto Sinar Harian
PONTIAN: Polis memburu dua lelaki disyaki terlibat kes samun berkumpulan bersenjatakan parang di sebuah kedai serbaneka di Pekan Nanas, di sini, pada Ahad.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintenden Abd Hamid Abdul Rahman, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan sekitar jam 4.50 pagi daripada pekerja kedai serbaneka terbabit.
“Siasatan di lokasi mendapati kedua-dua suspek didapati memakai pelitup muka selain berfizikal kurus selain memiliki ketinggian sekitar 170 sentimeter (cm).
“Selain itu, kedua-dua suspek juga didapati memakai jaket biru warna gelap serta jaket warna merah.
“Salah seorang daripada mereka didapati bersenjatakan parang panjang berukuran sekitar 45cm,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, kedua-dua suspek berjaya melarikan wang perniagaan kedai serbaneka berkenaan termasuk barang kemas milik mangsa.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat Inspektor Wan Nor Ismaliza Wan Ismail di talian 016-2089835 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#samun
#Kedai Serbaneka
#senjata
#Abd Hamid Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan