awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki, tiga wanita didakwa sebabkan kematian rakan

Bernama
Bernama
19/07/2024
07:57 MYT
Dua lelaki, tiga wanita didakwa sebabkan kematian rakan
Dua lelaki dan tiga wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan lelaki mereka di sebuah kolam mandi minggu lepas. - Foto Bernama
PORT DICKSON: Dua lelaki dan tiga wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan lelaki mereka di sebuah kolam mandi minggu lepas.
D Maharaj, 36, B Shanmugaservai, 34, Faezatun Firus Arifin, 42, R Praveena, 31, dan S Suvipra, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa menyebabkan kematian S. Prawinthan, 38, di sebuah kolam mandi sebuah hotel di Port Dickson, kira-kira pada 2 pagi, 13 Julai lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nadia Ezzati Mohd Zainal memohon mahkamah menawarkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Bagaimanapunn, peguam Wan Shahir Azmir Wan Mohd Razi yang mewakili Maharaj, Shanmugaservai, Faezatun dan Suvipra serta peguam Shamsul Sulaiman yang mewakili Praveena memohon jaminan rendah terhadap anak guam mereka.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu, kesemua tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC dalam badan.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson antara 12.20 pagi hingga 1 pagi, 14 Julai lepas.
Mahkamah membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM2,000 dan menetapkan 3 Sept ini untuk sebutan kedua-dua kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lima didakwa
#sebabkan kematian rakan
#Port Dickson
#kolam mandi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan