awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, dua cedera kereta bertembung bas transit

Aida Aziz
Aida Aziz
14/11/2021
01:34 MYT
Dua maut, dua cedera kereta bertembung bas transit
Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas transit dekat Jalan Degong. -Gambar ihsan JBPM Perak
KAMPAR: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas transit, berdekatan Jalan Degong di sini.
Difahamkan kejadian berlaku pada awal pagi tadi yang membabitkan kereta jenis Proton Persona dan bas transit awam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu pada pukul 6 pagi.
"Setibanya jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar di lokasi mendapati benar berlaku kemalangan.
"Terdapat empat orang mangsa lelaki dari kereta Proton Persona, dua daripadanya iaitu pemandu dan penumpang hadapan disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
"Dua lagi mangsa lelaki mengalami kecederaan, manakala pemandu bas pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, ketika kejadian itu bas tersebut tidak membawa penumpang.
Ujarnya, anggota bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.
"Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," jelasnya lagi.
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.40 pagi.
Topic Berkaitan
#kereta bertembung bas
#Jalan Degong
#Proton Persona
#bas transit awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan