awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
100 ribu penduduk Gaza dapat ‘talian hayat’ jika misi berjaya - MB Selangor
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut kemalangan libatkan kereta, MPV di Sungai Siput

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/11/2021
16:55 MYT
Dua maut kemalangan libatkan kereta, MPV di Sungai Siput
Kedua-dua mangsa yang masing-masing berumur 20 dan 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto ihsan JBPM
SUNGAI SIPUT: Dua pemuda maut selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran Hospital Sungai Siput di Jalan Salak, dekat sini, malam tadi.
Kedua-dua mangsa yang masing-masing berumur 20 dan 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 10.14 malam.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Proton Exora dan kereta Proton Saga menyebabkan dua mangsa tersepit di dalam kereta,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba menggunakan jentera khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.
Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Suhaimi Samad tamat pada 12.05 pagi.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#MPV
#Hospital Sungai Siput
#Jalan Salak
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan