awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azizulhasni belum pasti ke LA 2028, faktor usia dan komitmen jadi pertimbangan
Konflik Asia Barat: Kos ubat meningkat 40 peratus, peranti hospital cecah 100 peratus - Dzulkefly
Program Road to Gold akan bermesyuarat Mei ini - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua murid cedera kemalangan kereta, motosikal di Sungai Pelek

Astro AWANI
Astro AWANI
10/03/2026
00:40 MYT
Dua murid cedera kemalangan kereta, motosikal di Sungai Pelek
Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal terjadi berhampiran SMK Sungai Rawang, di Sungai Pelek, pagi ini, mengakibatkan dua murid sekolah rendah cedera. - Foto JBPM Selangor
Dua murid lelaki cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rawang, Sungai Pelek, pagi ini.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.03 pagi.
Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender dan sebuah Emergency Medical Rescue Services dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 16 kilometer dari balai.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Exora dan sebuah motosikal Yamaha Sport.
"Terdapat dua murid sekolah terlibat iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang tidak sedarkan diri, manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun mengalami patah kaki serta kecederaan di muka.
"Kedua-duanya merupakan adik-beradik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang tidak sedarkan diri diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.
"Manakala mangsa yang mengalami patah kaki dibawa ke Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan," ujarnya.
Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#murid sekolah cedera
#kemalangan kereta dan motosikal
#Sungai Pelek
#JBPM Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan