awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pekerja taska direman seminggu berhubung kes kematian bayi empat bulan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/03/2026
03:12 MYT
Dua pekerja taska direman seminggu berhubung kes kematian bayi empat bulan
Suspek ketika tiba di kompleks mahkamah pada 8.40 pagi dengan diiringi polis. - Astro AWANI
Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang disyaki mangsa penderaan.
Perintah reman berkuat kuasa hari ini hingga 16 Mac dikeluarkan oleh Majistret Roshayati Radellah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membolehkan siasatan diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
Terdahulu, kedua‑dua suspek berusia lingkungan 20‑an, yang berbaju lokap ungu, tiba di kompleks mahkamah pada 8.40 pagi dengan diiringi polis.
Kronologi Ringkas Kes
  • Bayi lelaki, Hayl Haarith Mohd Syafaeez, ditempatkan di pusat jagaan kanak‑kanak 24 jam dalam kawasan HSJ.
  • Mangsa dikejarkan ke Jabatan Kecemasan pada kira‑kira 4 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
  • Ketika kejadian, ibu mangsa, Ummu Habibah Wahab, 30, seorang jururawat, sedang bertugas syif malam.
  • Bayi berkenaan ialah anak pertama dan baharu dihantar ke pusat jagaan tersebut selepas ibunya kembali bekerja seusai tempoh berpantang.
Siasatan sedang diteruskan.
Topic Berkaitan
#pekerja taska
#bayi
#Hospital Seberang Jaya
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan