awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelajar sekolah di Klang, kakitangan CIMB di JB positif COVID-19

Bernama
Bernama
28/09/2020
14:24 MYT
Dua pelajar sekolah di Klang, kakitangan CIMB di JB positif COVID-19
Bank tersebut turut memberikan jaminan kepada pelanggannya yang cawangan bank CIMB Bandar Baru Permas Jaya dibuka seperti biasa. -Bernama
SHAH ALAM:Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan terdapat dua pelajar di sebuah sekolah menengah di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang dekat sini, dikesan positif COVID-19.
Bagaimanapun Pengarahnya Datuk Dr Sha'ari Ngadiman ketika dihubungi berkata, kedua-dua pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kedua-dua pelajar berkenaan yang juga adik beradik disyaki dijangkiti oleh abang mereka, yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah baru-baru ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) Izmi Ismail pula berkata, sekolah berkenaan masih meneruskan sesi persekolahan seperti biasa hari ini, namun kelas kedua-dua adik beradik itu telah disanitasi sepenuhnya terlebih dahulu, sebelum digunakan.
Katanya, sebarang tindakan lanjut seperti penutupan sekolah itu sekiranya perlu, adalah berdasarkan kepada nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah Klang.
Sementara itu di JOHOR BAHRU, CIMB Group Holdings Bhd hari ini mengesahkan satu kes COVID-19 melibatkan seorang kakitangannya yang bertugas di bahagian komersial, cawangan Permas Jaya.
Kumpulan itu menyatakan sebagai tindakan pencegahan, keseluruhan cawangan itu telah melalui pensanitasian dan pembersihan, semalam (27 Sept).
"Ini berikutan satu kes yang disahkan COVID-19 di pejabat Komersial Bank CIMB, yang terletak di tingkat berbeza cawangan Permas Jaya. Tiada kakitangan cawangan bank telah berurusan dengan pekerja komersial bank tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook CIMB Malaysia, di sini hari ini.
Bank tersebut turut memberikan jaminan kepada pelanggannya yang cawangan bank CIMB Bandar Baru Permas Jaya dibuka seperti biasa.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu yang dihubungi, turut mengesahkan proses sanitasi yang dilakukan CIMB itu adalah atas inisiatif sendiri dan langkah-langkah kawalan, berikutan pengesanan kes COVID-19 melibatkan kakitangan bank berkenaan.
Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas mengenai beberapa keping gambar yang tular di media sosial, mendakwa terdapat kes COVID-19 di cawangan bank berkenaan di sini, yang menunjukkan beberapa individu sedang melakukan proses sanitasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Klang
#pandamaran
#pelajar
#sekolah
#kes positif
#COVID-19
#kakitangan
#bank
#Johor
#Johor Bahru
#koronavirus
#Facebook
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan