awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pemancing dikhuatiri lemas di Bakun

Bernama
Bernama
12/05/2019
14:53 MYT
Dua pemancing dikhuatiri lemas di Bakun
Salah seorang mangsa dipercayai tidak pandai berenang telah memaut rakannya menyebabkan kedua-dua terus tenggelam ke dasar air.
Dua pemancing dikhuatiri lemas manakala seorang pemandu bot terselamat apabila bot dinaiki terbalik di Ulu Bakun, Batu Keling Empangan Bakun, Belaga petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu yang juga Komander Operasi Mohamad Meramit berkata, dua mangsa lelaki tempatan yang masih belum ditemui ialah Wahab Jambul, 50, dan Law Yew Ngee, 43, penumpang bot yang karam itu.
"Bot yang dinaiki mangsa terbalik ketika bergerak ke sangkar ikan," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata pemandu bot itu, Siring Angah, 60, berjaya menyelamatkan diri dan pasukan bomba telah pergi ke lokasi kejadian hari ini yang memakan masa lapan jam menggunakan jalan darat serta air.
Mohamad berkata, berdasarkan maklumat saksi kejadian, salah seorang mangsa dipercayai tidak pandai berenang telah memaut rakannya menyebabkan kedua-dua terus tenggelam ke dasar air.
Menurutnya, operasi selaman agak sukar kerana jarak penglihatan terhad berikutan terdapat pokok-pokok mati di dalam air dan operasi ditangguhkan pada pukul 5 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batu Keling Empangan Bakun
#Belaga
#dikhuatiri lemas
#dua pemancing
#Empangan Bakun
#Law Yew Ngee
#pemandu bot
#Siring Angah
#Ulu Bakun
#Wahab Jambul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan