awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pemancing hanyut 11 jam selepas enjin bot rosak

Astro AWANI
Astro AWANI
17/03/2026
08:00 MYT
Dua pemancing hanyut 11 jam selepas enjin bot rosak
Operasi pencarian mengambil sedikit masa berikutan kedudukan bot mangsa telah berubah dari lokasi yang dilaporkan akibat arus laut. - Gambar/ Maritim Malaysia
Dua pemancing berhadapan detik cemas apabila hanyut hampir 11 jam akibat kerosakan enjin bot sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kemaman dekat sini pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata Abdul Hafiz Imran Abd Latif, 39, dari Dungun dan Ahmad Arif Tajudin Rosli, 29, dari Paka ke laut untuk memancing sebelum bot mereka mengalami kerosakan kipas enjin pada 4 petang semalam.
“Keadaan itu menyebabkan bot tidak dapat bergerak dan hanyut dibawa arus. Mangsa hanya mendapat liputan talian telefon pada 9 malam dan menghubungi ahli keluarga untuk memaklumkan situasi mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Halim berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 12.30 tengah malam dan menggerakkan aset APMM ke lokasi pada 1.18 pagi sebelum berjaya menemukan mangsa dalam keadaan selamat pada 3 pagi.
Beliau berkata operasi pencarian mengambil sedikit masa berikutan kedudukan bot mangsa telah berubah dari lokasi yang dilaporkan akibat arus laut.
“APMM menasihatkan komuniti nelayan dan pemancing sentiasa memastikan bot dalam keadaan baik, membawa peralatan keselamatan mencukupi dan memaklumkan pergerakan kepada ahli keluarga bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#pemancing hilang
#pemancing hanyut
#bot hanyut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan