awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
Singapura tidak akan berunding mengenai hak laluan Selat Hormuz - Vivian Balakrishnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penerbangan di LTSAS dibatalkan akibat jerebu

Bernama
Bernama
23/09/2019
02:29 MYT
Dua penerbangan di LTSAS dibatalkan akibat jerebu
Dua daripada lima penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini terpaksa dibatalkan hari ini akibat jerebu. -Gambar fail
Dua daripada lima penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini terpaksa dibatalkan hari ini akibat jerebu.
Pengurus LTSAS Mohd Ali Osman berkata penerbangan yang dibatalkan melibatkan empat pergerakan bagi laluan Johor Bahru-Ipoh-Singapura dan Singapura-Ipoh-Johor Bahru daripada syarikat AirAsia Bhd yang dijadualkan pada pagi dan tengah hari ini.
"Jarak penglihatan adalah 3,000 meter setakat pukul 7.30 pagi ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata seramai 480 penumpang terjejas akibat pembatalan penerbangan itu.
Bagaimanapun katanya, pihak LTSAS sentiasa melakukan pemantauan keadaan semasa bersama pihak berkaitan termasuk pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia dan kawalan trafik udara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.
Pemeriksaan dalam portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat stesen di Perak iaitu Seri Manjung; Pegoh, Ipoh; Tasek, Ipoh dan Taiping adalah pada tahap tidak sihat manakala Tanjung Malim pada tahap sederhana setakat pukul 7 pagi.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jerebu
#Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
#LTSAS
#Mohd Ali Osman
#penerbangan batal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan