awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM berbuka puasa bersama dengan rakyat Sabah hari ini
Empat kilang musnah dalam kebakaran besar di Balakong
Trump cadang Jake Paul lawan Khabib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penyelam hilang di Pulau Redang ditemukan selamat

Bernama
Bernama
14/03/2026
23:57 MYT
Dua penyelam hilang di Pulau Redang ditemukan selamat
Penyelam yang hilang ketika melakukan aktiviti di Pasir Akar Marine Park, Pulau Redang, pagi Sabtu, ditemui selamat selepas terapung kira-kira 12 jam di lautan. - Foto PDRM
Dua penyelam lelaki yang sebelum ini dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti itu di Pasir Akar Marine Park, Pulau Redang dekat sini ditemukan dalam keadaan selamat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata Shahimi Zainal Abidin, 30, dan Tan Yan Song, 43, diselamatkan oleh sukarelawan Redang Divers di kawasan berhampiran Pulau Yu, kira-kira 10 batu nautika dari lokasi mereka dilaporkan hilang pada 9.45 malam.
Beliau berkata kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan terapung dan lemah selepas hampir 12 jam berada di laut.
"Shahimi bekerja sebagai dive master di Redang Reef Dive Centre dan Tan, seorang warganegara China, telah dihanyutkan oleh arus laut yang kuat ketika keluar menyelam bersama dengan beberapa lagi rakan pada 10 pagi.
"Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Redang sebelum dipindahkan ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut... masing-masing dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan dua penyelam dikhuatiri hilang selepas keluar menjalankan aktiviti menyelam di Pulau Redang.
Susulan itu, pihak Polis Diraja Malaysia dan Polis Marin telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula tengah hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pulau Redang
#Penyelam
#Hospital Setiu
#bot
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan