awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada kelibat Netanyahu di taklimat Kabinet keselamatan Israel cetus spekulasi lagi
Zamri, Tamim dikesan berada di selatan Thailand
Kerajaan peruntuk RM2 bilion sebulan kekalkan RON95 pada RM1.99 - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM berbuka puasa bersama dengan rakyat Sabah hari ini

Bernama
Bernama
15/03/2026
01:18 MYT
PM berbuka puasa bersama dengan rakyat Sabah hari ini
Anwar akan memulakan lawatan dengan menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Suria Sabah pada 12 tengah hari. - Gambar fail/BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Tahun 2026 Peringkat Negeri Sabah hari ini.
Majlis itu berlangsung di Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2, Universiti Malaysia Sabah dan Anwar, yang juga Menteri Kewangan, akan menyampaikan amanat serta menunaikan solat maghrib secara berjemaah.
Majlis Berbuka Puasa MADANI itu antara program bersempena dengan lawatan beliau ke Sabah hari ini.
Anwar akan memulakan lawatan dengan menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Suria Sabah pada 12 tengah hari.
Seterusnya pada 2.30 petang, Perdana Menteri dijangka hadir ke program Mini Konvensyen Keadilan dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Peringkat Negeri Sabah di Hotel Klagan.
Pada sebelah petang, beliau dijadual meluangkan masa mengadakan tinjauan mesra di Bazar Ramadan University Apartment, Sepanggar pada 4.55 petang sebelum mengakhiri lawatan dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama-sama rakyat Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#lawatan
#Sabah
#buka puasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan