awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki 13 rekod lampau ditahan kes curi dalam kuil
Aidilfitri: ICQS Rantau panjang dijangka sesak, 50,000 pengembara rentas sempadan
[KOLUMNIS] Ada apa dengan kain samping?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kelibat Netanyahu di taklimat Kabinet keselamatan Israel cetus spekulasi lagi

Agensi
Agensi
15/03/2026
08:37 MYT
Tiada kelibat Netanyahu di taklimat Kabinet keselamatan Israel cetus spekulasi lagi
Imej menunjukkan taklimat Kabinet keselamatan Israel yang dilaporkan diadakan pada 14 Mac lalu, dikongsi di media sosial. - Foto media sosial
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporkan tidak hadir dalam taklimat Kabinet keselamatan Israel baru-baru ini, yang biasa dipimpinnya.
Ketidakhadiran yang tidak dijangka ini menarik perhatian ramai dan mencetuskan spekulasi dalam kalangan pihak politik serta media.
Terdahulu, pejabat Perdana Menteri Israel menafikan desas-desus yang mendakwa Netanyahu telah terkorban, menyifatkannya sebagai berita palsu.
Dalam video tersebut kelihatan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz bersama lima pegawai tinggi tentera rejim Zionis memberi penerangan mengenai situasi terkini di Tel Aviv pada 14 Mac lalu.
“Untuk pertama kali dalam sejarah Israel, Netanyahu tidak hadir dalam mesyuarat majlis ketenteraan,” kata Alinur Mohammed, seorang pengguna media sosial.
Spekulasi mula timbul selepas satu video yang dimuat naik di X menunjukkan Netanyahu berucap dalam sidang media mengenai konflik Israel‑Amerika Syarikat terhadap Iran sejak 28 Februari lalu.
Beberapa pengguna mendakwa terlihat enam jari pada tangan kanannya, menimbulkan persoalan sama ada rakaman itu mengalami kecacatan hasil AI.
Untuk rekod, Netanyahu tidak muncul di khalayak umum hampir tujuh hari sejak ucapan terakhirnya bertajuk ‘Rakyat Iran, saat kebenaran akan tiba’.
Pada 2 Mac, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memaklumkan serangan peluru berpandu mereka menyasarkan pejabat Netanyahu dan ibu pejabat komander tentera udara Israel.
Namun sehingga kini, tiada pengesahan mengenai sama ada beliau selamat atau terkorban dalam serangan tersebut. -- Agensi
Topic Berkaitan
#Netanyahu
#Iran
#konflik Asia Barat
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan